Ahad, 31 Mei 2015

Latihan Cuti Sekolah (Thn.6 Arif & Bestari )

1. Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan lawatan ke kilang percetakan buku. Sebagai seorang
    setiausaha, kamu dikehendaki menulis loporan tentang lawatan tersebut.

2. Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan lawatan ke kilang percetakan buku. Sebagai seorang
    wartawan, kamu dikehendaki menulis berita tentang lawatan tersebut.

3.Sebagai seorang setiausaha persatuan bahasa Melayu sekolah kamu, kamu dikehendaki menulis
   laporan tentang pertandingan perbahasan peringkat daerah yang telah diadakan di sekolah kamu.
   Tuliskan laporan itu selengkapnya.

4.Sebagai seorang wartawan,  kamu dikehendaki menulis berita tentang pertandingan perbahasan 
   peringkat daerah yang telah diadakan di sekolah kamu. Tuliskan berita itu selengkapnya.

5. Kamu dikehendaki menemu ramah seorang usahawan yang telah berjaya ditempat tinggal kamu.
    Tuliskan temu ramah tersebut selengkapnya.

6. Rakan kamu baharu sahaja menjadi johan dalam pertandingan mendeklamasikan sajak peringkat
    negeri. Sebagai seorang wartawan majalah sekolah, kamu dikehendaki menemu ramah rakan
    kamu itu untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.


* Tugasan-tugasan ini perlu dihantar pada hari Ahad minggu pertama persekolahan.