Jumaat, 30 November 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012

Tahniah!Tahniah!Tahniah! Tahniah,saya ucapkan kepada semua murid SK Seri Kemajuan yang telah mendapat keputusan UPSR dengan jayanya khususnya dalam mata pelajaran BM012 (Penulisan).Dengan pencapaian hampir 80% murid-murid mendapat gred A dalam BM Penulisan. Bukan sahaja diri,ibu bapa,sekolah malah bagi diri saya sebagai tenaga pengajar BM Penulisan rasa bersyukur kerana ini merupakan hadiah yang amat berharga dan bernilai. Dengan adanya blog ini sebenarnya banyak membantu anak-anak.Kepada calon UPSR 2013 ,saya akan sajikan lebih banyak info untuk panduan dan bahan tambahan anda.Insaalah.Doakan agar saya diberi kekuatan untuk tujuan ini agar segala ilmu dapat dikongsi bersama.

TAHNIAH KEJAYAAN DALAM UPSR 2012 ANAK DIDIK SK SERI KEMAJUAN