Khamis, 27 Jun 2013

LAPORAN & BERITA (bil 1 )

Tugasan Hujung Minggu Tahun 6 Arif dan 6 Bestari.

1. Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah menganjurkan minggu bahasa peringkat sekolah. Kamu
    selaku setiausaha persatuan diminta menulis laporan tentang program tersebut.Tulis laporan tersebut
    selengkapnya.

2. Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah menganjurkan minggu bahasa peringkat sekolah. Kamu
    selaku pemberita diminta menulis berita tentang program tersebut.Tulis berita tersebut selengkapnya.







Contoh Rangka Karangan Laporan dan Berita.

Pendahuluan :
Ø  Apakah peristiwa yang berlaku?
Ø  Bilakah peristiwa itu berlaku?

Isi :
Ø  Siapakah penganjur program ini?
Ø  Apakah tujuan program tersebut?
Ø  Apakah acara-acara yang dijalankan sepanjang program dijalankan?
Ø  Siapakah yang mengambil bahagian ?
Ø  Siapakah perasmi program ?
Ø  Bagaimanakah sambutan?

Penutup :
Ø  Kesudahan program.


Contoh Laporan.

Laporan Minggu Bahasa Peringkat Sekolah

Sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan telah mengadakan minggu bahasa peringkat sekolah dari 17 Jun 2013 hingga 21 Jun 2013.
            Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan.Tujuan program ini adalah untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu dan memberi peluang kepada semua murid menyertai pertandingan berbahasa.
            Sempena minggu bahasa ini,pihak penganjur telah mengadakan pelbagai pertandingan seperti pertandingan bercerita, mengarang cerpen, pidato, mendeklamasikan sajak dan kuiz.
            Semua murid tahap satu dan tahap dua telah mengambil bahagian dalam pertandingan itu.Sebelum pertandingan dijalankan,Pn.Hajah Mariyati binti Haji Sapuan ,Guru Besar sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan telah merasmikan program ini.
            Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.Hampir setiap acara yang dipertandingan disertai lebih 30 orang peserta.
            Pada hari yang terakhir, telah diadakan majlis penyampaian hadiah.Hadiah- hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar.Murid-murid yang berjaya akan mewakili sekolah jika ada pertandingan di peringkat zon nanti.

Dilaporkan oleh,                                                                27 JUN 2013
Amirulrasyhid
(AMIRUL RASYHID BIN JASLAN )
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan.



Contoh Berita.


Minggu Bahasa Peringkat Sekolah

PARIT RAJA , Selasa - Sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan telah mengadakan minggu bahasa peringkat sekolah dari 17 Jun 2013 hingga 21 Jun 2013.
            Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan.Tujuan program ini adalah untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu dan memberi peluang kepada semua murid menyertai pertandingan berbahasa.
            Sempena minggu bahasa ini,pihak penganjur telah mengadakan pelbagai pertandingan seperti pertandingan bercerita, mengarang cerpen, pidato, mendeklamasikan sajak dan kuiz.
            Semua murid tahap satu dan tahap dua telah mengambil bahagian dalam pertandingan itu.Sebelum pertandingan dijalankan,Pn.Hajah Mariyati binti Haji Sapuan ,Guru Besar sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan telah merasmikan program ini.
            Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.Hampir setiap acara yang dipertandingan disertai lebih 30 orang peserta.
            Pada hari yang terakhir, telah diadakan majlis penyampaian hadiah.Hadiah- hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar.Murid-murid yang berjaya akan mewakili sekolah jika ada pertandingan di peringkat zon nanti.


 

10 ulasan:

  1. KATA KUNCI UNTUK KARANGAN SAMBUTAN PENYAMPAIAN HADIAH

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. terima kasih sbb telah membantu saya

    BalasPadam
  4. Terima kasih Cikgu, di atas format pada kali ini saya harap format ini dapat lagi membantu saya membina karanga yang lebih bagus.

    BalasPadam
  5. Terima kasih cikgu, di atas contoh karangan berita yang cikgu berikan.Saya dapat membuat karangan berita kejohanan sukan tahunan.terima kasih cikgu.

    BalasPadam