Rabu, 12 Jun 2013

Tugasan hujung minggu tahun 6 Arif & 6 Bestari

Hantar pada 18 Jun 2013.

Tugasan 1 : Tuliskan nilai bagi ayat-ayat di bawah.

     a. Kamarul telah menolong ibunya mengemas rumah dan menyediakan bekalan.
         Nilai :__________
     b.Adik dan abang bersama-sama memasukkan barang-barang ke dalam kereta ayah.
         Nilai :__________
     c.Kamarul memakai tali pinggang keledar semasa menaiki kereta.
        Nilai : __________
     d.Ibu menutup makanan supaya tidak dihinggapi lalat.
        Nilai : __________
     e.Kami memasukkan sampah sarap ke dalam tong sampah.
        Nilai : __________

Tugasan 2 : Tulis nilai-nilai tersebut dalam satu perenggan berserta huraian yang tepat.

Jawapan Tugasan 1 :
     a. rajin
     b. bekerjasama / bantu-membantu
     c. menjaga keselamatan / patuh kepada peraturan
     d. menjaga kebersihan
     e. menjaga kebersihan / prihatin / bertanggung jawab / berdisiplin

Jawapan Tugasan 2 :
     Terdapat beberapa nilai murni daripada petikan. Antaranya , kita hendaklah rajin seperti Kamarul yang menolong ibunya mengemas rumah dan menyediakan bekalan. Selain itu, kita juga perlu bekerjasama seperti adik dan abang Kamarul bersama-sama memasukkan barang-barang ke dalam kereta ayahnya.  Di samping itu, kita haruslah menjaga keselamatan seperti Kamarul yang memakai tali pinggang keledar semasa menaiki kereta.Seterusnya , kita mestilah menjaga kebersihan seperti ibu Kamarul menutup makanan supaya tidak dihinggapi lalat.Akhirnya,kita wajarlah prihatin seperti mereka yang memasukkan sampah sarap ke dalam tong sampah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan