Rabu, 27 November 2013

MASALAH UMUM TATABAHASA

  1. 75% dari kadar sebenar (salah) : 75 peratus daripada kadar sebenar (betul).
  2. berbanyak terima kasih (salah) : berbanyak-banyak terima kasih (betul).
  3. diatas kejayaan (salah) : atas kejayaan (betul).
  4. diatas almari (salah) : di atas almari (betul).
  5. dikenalpasti (salah) : dikenal pasti (betul).
  6. dilipat gandakan (salah) : dilipatgandakan (betul).
  7. 4 salinan dokumen-dokumen (salah ) : empat salinan dokumen (betul).
  8. demi untuk negara (salah) : demi negara / untuk negara (betul).
  9. lain-lain arahan (salah) : arahan-arahan lain (betul).
  10. lain-lain bangunan (salah) : bangunan-bangunan lain.
  11. lain-lain cara (salah) : cara-cara lain (betul).
  12. lain-lain hal (salah) : hal-hal lain (betul).
  13. mengikut kepada alamat (salah) : mengikut alamat (betul).
  14. oleh kerana (salah ) : oleh sebab (betul).
  15. semua kerja-kerja (salah) : semua kerja (betul).
  16. tertumpu kepada (salah) : tertumpu kepada (betul).
  17. walaubagaimanapun (salah) : walau bagaimanapun
Rujukan : Dewan Bahasa dan Pustaka.(2013).Siri Pedoman Bahasa Melayu :
                 Koleksi Lembar Bahasa 1.

Jumaat, 1 November 2013

FRASA KERJA

Konsep Frasa Kerja :


Frasa Kerja  menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. 
 Contoh : Encik Faizul (Subjek) menjual ikan di pasar. ( Predikat Frasa Kerja)

Binaan Frasa Kerja :

Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut.   
Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama  sebagai objek (penyambut) untuk melengkapkannya.
Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan objek. Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut.

  • Frasa Kerja Tanpa Objek
Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat.



Contoh :
Wafaa Nazurah tidur lena.
Muhammad Amirul terjatuh lagi.
Dia selalu bergaduh.

Berdasarkan contoh ayat di atas,  menunjukkan kata kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang.
 
 Contoh:
Wafaa Nazurah tidur lena di bilik tidur.
Muhammad Amirul terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang.
Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah.

Dalam contoh ayat di atas,  kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang. Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa objek).
Pelengkap ialah  perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut.


  • Frasa Kerja Dengan Objek
Frasa kerja dengan objek  dikenali juga sebagai frasa kerja transitif.  Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek). 
Contoh :
Menaikkan ( Kata Kerja Transitif) bendera (penyambut).


Membaiki  ( Kata Kerja Transitif) kereta (penyambut). 

Contoh ayat lengkap:

Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan.

Syafiq membaiki kereta yang telah rosak.


Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan.  Dalam contoh ayat di atas, frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Unsur keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.