Selasa, 25 Jun 2013

LAPORAN



Laporan Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

     Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Daerah Batu Pahat telah mengadakan perkhemahan di Kem Tanjong Labuh selama tiga hari yang berakhir pada 13 Jun 2013 yang lalu. Perkhemahan ini disertai oleh 100 orang ahli TKRS dari seluruh Daerah Batu Pahat.
     Objektif perkhemahan ini diadakan adalah untuk melahirkan individu yang berdisplin, bertanggungjawab dan berkemahiran. Para peserta perkhemahan telah dipimpin oleh beberapa orang pemimpin yang berkaliber. Selama tiga hari itu, pelbagai aktiviti telah dijalankan supaya dapat memberi manfaat kepada semua peserta perkhemahan.
     Aktiviti pertama dalam program perkhemahan ialah taklimat yang disampaikan oleh Ketua Komandan TKRS Daerah Batu Pahat, Komandan Tuan Salih Mahmud. Antara perkara yang ditekankan oleh beliau ialah setiap ahli TKRS hendaklah sentiasa bekerjasama dan berdisiplin.
     Program-program lain yang dijalankan sepanjang perkhemahan tersebut ialah sesi pengenalan diri, pertandingan mendirikan khemah, pertandingan memasak, pertandingan perbarisan dan sesi pengembaraan. Dalam sesi pengembaraan, mereka dibawa ke dalam hutan yang berhampiran dengan kem.
     Pada 13 Jun 2013 merupakan hari terakhir perkhemahan. Pihak penganjur telah memberi hadiah kepada para pemenang dalam pertandingan yang telah diadakan.Sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan telah menjadi johan kumpulan terbaik perkhemahan.Sebelum bersurai para peserta telah menyanyikan lagu Negaraku.
      Perkhemahan TKRS tersebut telah dapat dijalankan dengan lancar berkat daripada kesungguhan serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak. Pihak kami berharap agar aktiviti seperti ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.

Disediakan oleh,                                                                         15 JUN 2013.
  



Wafaanazurah
( WAFAA NAZURAH JASLAN )
Setiausaha Tunas Kadet Remaja Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan