Khamis, 20 Jun 2013

TUGASAN HUJUNG MINGGU TAHUN 6 SKSK

Tahun 6 Arif hantar pada 24 Jun 2013
Tahun 6 Bestari hantar pada 25 Jun 2013
Tugasan dibuat dalam buku C.

Tugasan 1 : Tulis nilai-nilai murni yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.
a. Abang bekerja sebagai pencuci kereta untuk menambahkan pendapatan keluarganya. 
     Nilai .......................
b. Rakan abang telah memberi sebuah kereta kawalan jauh kepada abang sempena hari lahirnya.
     Nilai ......................
c. Abang menjaga permainan pemberian rakannya itu dengan baik.
     Nilai .....................
d. Azman bermain kereta kawalan jauh  abangnya ketika abangnya tiada di rumah.
     Nilai .......................
e. Abang memarahi Azman kerana alatan yang digunakan rosak.
     Nilai .......................
f. Azman berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi.
     Nilai .......................

Tugasan 2 : Salin semula ucapan di bawah.Kemudian, tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada ucapan tersebut.Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

          Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,Puan Hajah Mariyati Haji Sapuan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan,yang diraikan Puan Zaiton Ibrahim,guru-guru dan rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.

Guru-guru dan rakan sekalian,

          Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili rakan-rakan dalam majlis perpisahan ini.Telah sedia maklum, Cikgu Zaiton akan bersara mulai esok.Saya mewakili rakan-rakan ingin mengucapkan selamat bersara kepada cikgu.

          Cikgu Zaiton merupakan guru yang sanggup berkorban untuk murid-muridnya.Beliau menjalankan tugas tanpa mengharapkan balasan.Beliau sentiasa bersedia membimbing dan membantu kami untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi.Seluruh warga sekolah amat menghargai beliau.Walaupun lemah lembut,beliau merupakan guru yang tegas dan sentiasa memastikan murid-muridnya mematuhi peraturan.

          Cikgu Zaiton juga aktif dalam bidang sukan.Sekolah kita telah menjadi johan dalam pertandingan hoki kategori perempuan peringkat daerah kerana kegigihan beliau melatih para pemain.

          Tahniah kami ucapkan kepada cikgu.Segala nasihat dan bimbingan yang cikgu berikan itu akan kami patuhi.Akhir kata,saya mewakili rakan-rakan memohon maaf atas kesalahan yang pernah kami lakukan.Sebelum saya mengakhiri ucapan ini,izinkan saya membacakan serangkap pantun.

          Kalau ada sumur di ladang,
          Boleh kita menumpang mandi ;
          Kalau ada umur yang panjang,
          Boleh kita berjumpa lagi.

          Sekian , terima kasih.


Jawapan Tugasan 1 :
a. rajin / bertanggung jawab / membantu keluarga
b. baik hati / pemurah
c. menghargai pemberian orang
d. meminta izin / menghormati hak orang lain
e. bersabar
f.  insaf
           

Jawapan Tugasan 2 :

   Nilai-nilai yang terdapat dalam ucapan.
1.    Berhemah tinggi - Selamat sejahtera saya ucapkan
2.    Berhemah tinggi - mengucapkan terima kasih 
3.    Bertanggungjawab - menyampaikan ucapan bagi mewakili rakan-rakan 
4.    Menghargai - mengucapkan selamat bersara kepada cikgu
5.    Berdedikasi /berusaha bersungguh-sungguh- sanggup berkorban 
6.    Ikhlas / rela hati - menjalankan tugas tanpa mengharapkan balasan.
7.    Prihatin / baik hati / bertanggungjawab - sentiasa bersedia membimbing dan membantu kami untuk
       menyelesaikan masalah 
8.    Mengenang budi / jasa - warga sekolah amat menghargai beliau
9.    Berdisiplin / bertanggungjawab / komited / mengambil berat - memastikan murid-muridnya 
       mematuhi peraturan
10. Rajin / gigih - aktif dalam bidang sukan
11. Rajin / tekun / usaha bersungguh-sungguh - kegigihan beliau melatih para pemain
12. Menghargai - tahniah kami ucapkan 
13. Akur / taat -Segala nasihat dan bimbingan yang cikgu berikan itu akan kami patuhi 
14. Insaf / berhemah tinggi / mengakui kesilapan / merendah diri memohon maaf atas kesalahan 


* Pilih lima nilai yang berlainan.


            Terdapat beberapa nilai murni daripada petikan. Antaranya , kita hendaklah berhemah tinggi seperti wakil murid yang memberi salam kepada mereka yang hadir dalam majlis perpisahan itu. Selain itu, kita juga perlu menghargai seperti wakil murid yang mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Zaiton.  Di samping itu, kita haruslah prihatin seperti Cikgu Zaiton yang sentiasa bersedia membimbing dan membantu murid-muridnya menyelesaikan masalah.Seterusnya , kita mestilah mengenang budi seperti warga sekolah yang amat menghargai Cikgu Zaiton.Akhirnya,kita wajarlah akur sepertimurid-murid yang akan mematuhi segala nasihat dan bimbingan yang diberikan Cikgu Zaiton.

1 ulasan: