Rabu, 18 Disember 2013
Selasa, 17 Disember 2013
Rabu, 27 November 2013
MASALAH UMUM TATABAHASA
- 75% dari kadar sebenar (salah) : 75 peratus daripada kadar sebenar (betul).
- berbanyak terima kasih (salah) : berbanyak-banyak terima kasih (betul).
- diatas kejayaan (salah) : atas kejayaan (betul).
- diatas almari (salah) : di atas almari (betul).
- dikenalpasti (salah) : dikenal pasti (betul).
- dilipat gandakan (salah) : dilipatgandakan (betul).
- 4 salinan dokumen-dokumen (salah ) : empat salinan dokumen (betul).
- demi untuk negara (salah) : demi negara / untuk negara (betul).
- lain-lain arahan (salah) : arahan-arahan lain (betul).
- lain-lain bangunan (salah) : bangunan-bangunan lain.
- lain-lain cara (salah) : cara-cara lain (betul).
- lain-lain hal (salah) : hal-hal lain (betul).
- mengikut kepada alamat (salah) : mengikut alamat (betul).
- oleh kerana (salah ) : oleh sebab (betul).
- semua kerja-kerja (salah) : semua kerja (betul).
- tertumpu kepada (salah) : tertumpu kepada (betul).
- walaubagaimanapun (salah) : walau bagaimanapun
Koleksi Lembar Bahasa 1.
Jumaat, 1 November 2013
FRASA KERJA
Konsep Frasa Kerja :
Frasa Kerja menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) ialah
frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja
bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.
Contoh : Encik Faizul (Subjek) menjual ikan di pasar. ( Predikat Frasa Kerja)
Binaan Frasa Kerja :
Binaan kata kerja terdiri
daripada kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.
Kata kerja tak
transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut.
Kata kerja tak transitif juga dikatakan
sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama sebagai objek (penyambut) untuk
melengkapkannya.
Kata kerja transitif pula
ialah kata kerja yang memerlukan objek. Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh
frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut.
- Frasa Kerja Tanpa Objek
Frasa kerja tanpa objek merupakan
jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri
dalam sesuatu binaan predikat.
Contoh :
Wafaa Nazurah tidur
lena.
Muhammad Amirul terjatuh lagi.
Dia selalu bergaduh.
Berdasarkan
contoh ayat di atas, menunjukkan kata kerja tidur,
terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau tidak tidak
diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. Namun kata kerja ini
boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang.
Contoh:
Wafaa Nazurah tidur
lena di bilik tidur.
Muhammad Amirul terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang.
Dia selalu bergaduh
sesama rakan sekolah.
Dalam contoh ayat di atas, kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang. Biarpun
begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa
objek).
Pelengkap
ialah perkataan yang hadir selepas kata
kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut.
- Frasa Kerja Dengan Objek
Frasa kerja
dengan objek dikenali juga sebagai frasa
kerja transitif. Frasa kerja transitif
mempunyai dasar kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek).
Contoh :
Menaikkan ( Kata Kerja Transitif) bendera (penyambut).
Membaiki ( Kata Kerja Transitif) kereta (penyambut).
Contoh ayat
lengkap:
Pelajar itu menaikkan bendera semasa
perhimpunan.
Syafiq membaiki kereta yang telah rosak.
Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. Dalam contoh ayat di atas, frasa yang
bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Unsur keterangan juga
boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi
nama.
Langgan:
Catatan (Atom)
x
-
Menurut Tatabahasa Dewan , ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. ...
-
"di" yang berfungsi sebagai imbuhan perlu dieja rapat. Contoh: dimakan, disepak,disediakan, dll, manakala "di" yang berf...
-
FORMAT TEMU RAMAH 1 . K habar + P erkenalkan diri + T ujuan 2 . U capan ( Tahniah / Takziah ) 3 . I si : Perasaan Rahsia...