Panduan menjawab soalan.
1.Perhatikan arahan bagi soalan ini. Tentunya terdapat dua arahan seperti berikut:
- Tulis lima ayat berdasarkan gambar.
- Cara-cara mencegah penyakit bawaan nyamuk.
ayat-ayat yang dibina dengan cara pencegahan penyakit bawaan nyamuk sahaja.
3.Agihan ayat perlu diagihkan mengikut gambar.Terdapat empat gambar.Oleh itu , calon boleh membina dua ayat daripada gambar satu dan satu ayat daripada gambar dua, tiga dan empat atau sebagainya asalkan setiap gambar tidak melebihi dua dan jumlah ayat hanya lima ayat.
4.Contoh skima jawapan :
- aktiviti gotong-royong menghapuskan denggi
- membersihkan longkang
- menebas rumput
- mencuci/membersihkan lapik/alas pasu bunga
- menanam tin-tin /botol-botol kosong
- memasukkan/membubuh ubat jentik-jentik
- Abang membersihkan longkang di tepi rumah agar air tidak bertakung.
- Ayah menebas rumput yang panjang supaya tidak menjadi tempat tinggal nyamuk.
- Ibu membersihkan alas pasu bunga dengan menggunakan berus agar tiada telur jentik-jentik melekat di situ.
- Saya menggali lubang untuk menanam tin-tin dan botol-botol kosong yang dijadikan tempat pembiakan nyamuk.
- Kakak memasukkan ubat jentik-jentik ke dalam takungan air di bilik air untuk membunuh jentik-jentik.
Bebalai
BalasPadam