Program ini merupakan program kecemerlangan penulisan bahasa Melayu ( Kod 012 / UPSR sekolah rendah). 4KM bermaksud empat karangan seminggu.
PELAKSANAAN :
- Setiap murid mesti menyalin semula contoh-contoh karangan berdasarkan tema mingguan. Contohnya pada 1 Mei 2014 hingga 5 Mei 2014, tugasan bertemakan dialog.
- Murid-murid perlu menyalin empat contoh dialog daripada pelbagai sumber sama ada daripada buku rujukan, akhbar, internet dan sebagainya.
OBJEKTIF :
- Memahami format , isi dan cara menghurai secara mengimlak.
- Membiasakan dan memahirkan murid menulis karangan dalam pelbagai bentuk.
SASARAN :
Semua murid tahun 6 SK Seri Kemajuan
TEMA MINGGU INI :
- 01 Mei 2014 : Biografi [ Tarikh hantar : 06 Mei 2014 ]
- 08 Mei 2014 : Dialog [ Tarikh hantar : 13 Mei 2014 ]
- 14 Mei 2014 : Temu ramah [ Tarikh hantar : 20 Mei 2014 ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan