Khamis, 19 Julai 2012

Bahagian A [ BM 012 ]

Panduan Menjawab :
1.Baca dan fahami soalan. Kemudian, garisi kata kunci soalan tersebut.
   a. Aktiviti
   b. Situasi
   c. Tentang
2.Teliti dan fahami gambar.Bulatkan gambar yang sesuai dengan kehendak soalan.
3.Catatkan isi penting.
4.Bina ayat yang lengkap dan gramatis.

Aspek Yang Dinilai :
1.Menjawab tugasan/menepati idea.
2.Ayat.
3.Kata/imbuhan/kata ganda / kata majmuk.
4.Kosa kata.
5.Pengolahan dan penyampaian.
6.Ejaan / tanda baca.

Cara Membina Ayat


SALAK
 
*Siapa       : Seorang perempuan/lelaki/murid , Ali , Pak Kamarul , Mak Cik Halimah dll.
*Aktiviti     : ( Perbuatan/perlakuan yang dilakukan oleh manusia seperti membaca , melukis dll )
  Lokasi     : Tempat aktiviti itu berlaku ( di ladang , di padang , di hadapan bangunan dll ).
  Apa         :
*Keterangan : Gunakan kata hubung seperti [ kerana , sambil , supaya ,untuk , agar , manakala ,
                        dengan dll.]

* mesti ada dalam ayat.

Contoh ayat : Halimah (siapa ) membaca buku (aktiviti) di ruang tamu (lokasi) sambil mendengar
                     radio.(keterangan).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan