1.Baca dan fahami arahan.
2.Baca dan fahami keseluruhan petikan/puisi.
3.Baca petikan/puisi secara ayat demi ayat serta kenal pasti sama ada ayat tersebut
mengandungi nilai/pengajaran atau tidak.
4.Jika terdapat nilai/pengajaran garisi ayat atau rangkai kata tersebut.
5.Catat nilai/pengajaran di tepi petikan.Jika terdapat nilai yang negatif , jadikan nilai itu
kepada yang positif.Catatkan seberapa banyak nilai/pengajaran.
6.Tulis nilai berserta huraian yang berkaitan dalam petikan/puisi dalam satu perenggan.
Skima Pemarkahan:
1.Cemerlang ( 18 hingga 20 markah )
5 nilai diperlukan
Ayat gramatis,penggunaan kata dan kosa kata yang luas, betul penggunaan ejaan dan
tanda baca, pengolahan idea yang baik serta menggunakan penanda wacana.
2.Baik (12 hingga 17 markah )
4 nilai diperlukan
3.Memuaskan ( 06 hingga 11 markah )
2 atau 3 nilai diperlukan
4.Pencapaian Tahap Minimum ( 01 hingga 05 markah )
1 nilai sahaja.
Panduan Menulis Ulasan :
Terdapat beberapa pengajaran /nilai-nilai murni daripada petikan/puisi.
Antaranya , kita hendaklah ............................................... Selain itu , kita mestilah ............. ..................................................................... Di samping itu , kita haruslah ........................
........................................................ Seterusnya , kita hendaklah .......................................
............................................... Akhirnya , kita wajarlah ....................................................
Contoh Bahagian C UPSR 2005 :
Terdapat beberapa pengajaran daripada petikan.Antaranya, kita hendaklah
rajin seperti kakak yang pergi bekerja.Selain itu, kita mestilah meminta kebenaran
sebelum kita masuk ke bilik kakak. Di samping itu, kita haruslah menasihati seperti
penulis yang melarang adiknya bermain-main dengan cendera mata kepunyaan
kakak. Seterusnya, kita hendaklah mendengar kata tidak seperti adik yang tidak
mengendahkan teguran kakak.Akhirnya , kita wajarlah berasa insaf seperti adik
yang meminta maaf dan berjanji tidak akan mengusik barang-barang kepunyaan kakak.
Contoh
jawapan Petikan Buku Teks Tahun 5 (ms :136-137)
Terdapat beberapa pengajaran daripada
petikan. Antaranya, kita hendaklah mempunyai perasaan belas kasihan tidak seperti tentera Jepun yang
bertindak sewenang-wenangnya.Selain itu, kita mestilah mempunyai semangat patriotik menentang tentera Jepun.Di samping
itu,kita haruslah bijak melakukan sesuatu seperti Leftanen Adnan
yang menukar strategi dalam peperangan.Seterusnya , kita haruslah gigih untuk terus menyerang tentera Jepun walaupun Leftanen Adnan tercedera.Akhirnya,kita
wajarlah mengenang budi kepada Leftanen Adnan
yang menggadai nyawa demi membebaskan negara daripada cengkaman musuh.
Nilai
Murni :
1. Adil :
Mempertimbangkan
sesuatu secara objektif ,menyeluruh, tepat
dan
wajar.
2.
Amanah
:
Sikap
bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan kepada orang
lain.
3.
Baik
hati :
Sikap
yang sentiasa mengambil berat akan perasaan dan kebaikan orang lain.Sikap ini
boleh dinilai berdasarkan tindak tanduk orang lain terhadap kita.
4.
Belas
kasihan :
Perasaan
simpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain.
5.
Berani
bertanggungjawab :
Sanggup
bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah diambil.
6.
Berani
tidak mambuta tuli :
Sanggup
dan bersedia menghadapi cabaran dengan mengambil kira kemampuan diri dan akibat
daripada tindakan yang diambil.
7.
Berani
kerana benar :
Sanggup
mempertahankan sesuatu yang diakui benar dengan memberikan bukti-bukti yang
nyata.
8.
Berani
mempertahankan pendirian :
Sanggup
mempertahankan sesuatu yang diyakini benar dengan alasan-alasan yang munasabah.
9.
Bercakap
benar :
Menyatakan
sesuatu dengan betul dan benar tanpa menokok tambah dan tidak berselindung.
10. Berdikari :
Kebolehan
dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
11. Berfikiran logik dan terbuka :
Sikap
dan pandangan yang boleh diterima akal dan munasabah.
12. Bermuafakat :
Sentiasa
mengutamakan persetujuan dan bekerjasama dalam menjalankan sesuatu pekerjaan
bagi kepentingan bersama.
13. Bertanggungjawab :
Kesanggupan
seseorang untuk memikul tugas atau kewajipan dan melaksanakannya dengan
sempurna.
14. Berterima kasih ;
Perasaan
yang dilahirkan untuk menunjukkan pengiktirafan terhadap sesuatu jasa,sumbangan
dan pemberian.
15. Bertimbang rasa :
Mengabil
kira keperluan dan perasaan orang lain.
16. Berupaya bertindak sendiri:
Sanggup
dan boleh melakukan sesuatu untuk diri sendiri dan bertindak tanpa mengharapkan
bantuan orang lain.
17. Boleh membuat pertimbangan:
Berupaya
mengambil kira baik buruk sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.
18. Boleh melakukan penaakulan:
Mempu
berfikir dan dapat memberikan alasan yang munasabah.
19. Cekal :
Teguh,tetap
dan tabah hati.
20. Cinta kepada keamanan dan keharmonian:
Suka
hidup berbaik-baik antara satu dengan lain dan mengutamakan kedamaian serta
kesejahteraan hidup.
21. Cinta kepada negara:
Bangga
dan taat setia kepada negara.
22. Daya usaha:
Berusaha
bersungguh-sungguh dengan semangat inisiatif,inovatif dan kreatif untuk
mencapai kejayaan.
23. Dedikasi :
Berminat
dan rela mengorbankan masa dan tenaga melakukan sesuatu perkara.
24. Gigih :
Usaha
dengan penuh semangat tanpa mengenal putus asa.
25. Gotong-royong:
Turut
serta dan membantu dalam melaksanakan sesuatu tugas secara beramai-ramai tanpa menerima sebarang
upah.
26. Hemah tinggi :
Budi
pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta berbudi bahasa yang
patut diamalkan oleh individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang
lain.
27. Hormat-menghormati:
Menghargai
dan memuliakan seseorang dalam institusi sosial dengan memberi layanan yang
sopan.
28. Hormat dan taat kepada ibu bapa:
Kewajipan
dan tanggungjawab seseorang anak bagi
memuliakan ibu bapa.
29. Hormat kepada hak asasi:
Menghormati
hak dan keperluan asasi seseorang seperti yang terkandung dalam Perlembagaan
Malaysia.
30. Mengenang budi
Mengingati
jasa baik seseorang serta berharsat untuk membalasnya.
31. Menghargai Kebijaksanaan , Pengalaman dan Jasa
Menghargai seseorang
kerana pengetahuaan, pengalaman, pengorbanan,
dan jasanya dalam sesuatu lapangan.
32. Menghargai Maruah Diri
Menghargai maruah diri
setiap individu tanpa mengambil kira taraf dan kedudukan sosialnya.
33. Murah Hati
Sedia memberikan bantuan
secara ikhlas kepada mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk kebendaan
atau sokongan moral
34. Patuh Kepada Ketepatan Masa
Menepati waktu dan
menggunakan masa dengan berfaedah.
35. Patuh Kepada Undang-undang
Menerima dan mematuhi
undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan tanpa mengira di mana
seseorang itu berada.
36. Peka
Sentiasa sedar,mengambil berat,dan
berusaha mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah yang berkaitan
37. Penghargaan :
Pengakuan seseorang terhadap
jasa dan sumbangan yang diterima.
38. Perpaduan :
39. Suasana
persefahamaan dan kerjasama peringkat keluarga,komuniti, masyarakat,Negara,dan
antarabangsa.
40. Tekun
Sabar dan bersungguh-sungguh
dalam melakukan sesuatu perkara.
41. Semangat bermasyarakat
Bersedia melakukan sesuatu
dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian
hidup bermasyarakat
42. Sedia memaafkan
Tidak menaruh dendam
terhadap seseorang yang telah insaf akan kesalahannya
43. Cintai alam
Sentiasa ingin memelihara
dan memulihara alam sekeliling untuk kesejahteraan hidup
44. Sayang akan nyawa
Menghargai dan tidak
menganiayai makhluk yang bernyawa
45. Saling Memahami
Kesanggupan untuk saling
menerima pendapat serta perasaan dan keperluan masing-masing.
46. Saksama
Tidak berat sebelah dan
berpatutan dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberikan
ganjaran atau hukuman
47. Rasional
Boleh berfikir berdasarkan
alasan dan bukti yang menyatakan dan mendapat mengambil tindakan yang
sewajarnya tanpa dipengaruhi oleh perasaan.
48. Toleransi
Sanggup bertolak ansur,sabar
serta dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan.
49. Pertuturan dan kelakuan yang sopan
Peraturan dan kelakuan yang
terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain
kearah mencapai kebersihan rohani dan jasmani.
50. Persaudaraan:
Hubungan mesra sesama
manusia tanpa mengira keturunan atau bangsa yang dapat melahirkan kerjasama
yang erat untuk kesejahteraan sejagat.
51. Yakin
Percaya pada kebolehan diri
sendiri dan sanggup bertindak.
52. Keberanian
Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan
yakin dan tabah hati.Keberanian itu perlu ada pada setiap orang,tetapi dia
harus tahu batas dan keupayaan sendiri kerana keberanian yang melulu boleh
mengakibatkan bencana.
53. Kesopanan
Bersopan santun,berbudi pekerti yang tinggi,tidak
angkuh,tidak menunjuk-nunjuk, dan tidak sombong.
54. Kesyukuran
Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas
atas nikmat dan kesenangan yang diperoleh.
55. Mengakui kesalahan diri
Sikap bersedia menyatakan kesilapan dan kelemahan diri
sendiri.
56. Hormat-menghormati
Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan
di Malaysia.
Menghormati sifat-sifat yang tersendiri yang ada pada
setiap individu,terutama golongan yang kurang bernasib baik.
Menunjukkan rasa hormat kepada orang yang lebih
tua,guru,rakan,jiran,pemimpin dengan memberikan layanan yang baik.
57. Kejiranan
Hidup berbaik-baik,bertolak ansur,tolong-menolong,dan
bekerjasama dengan jiran tetangga.
58. Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat
baik,amanah,dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
59. Kerajinan
Usaha berterusan penuh dengan semangat
ketekunan,kecekalan,kegigihan,dedikasi,
dan daya usaha dalam melakukan sesuatu.
60. Kerjasama
Usaha yang baik dan membina
yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu,komuniti,masyarakat atau
Negara untuk mencapai sesuatu matlamat.
Terima kasih!!
BalasPadam