Selasa, 14 Mei 2013

NAK INGAT FORMAT

Surat Rasmi
Anak Perempuan Guna  Akan Terima Tetamu Thailand Islam Perempuan Tentu Nampak Jelita.
  • alamat pengirim
  • garisan
  • alamat penerima
  • tarikh
  • tajuk
  • isi
  • penutup
  • tandatangan,nama dan jawatan (jika ada)

Surat Tidak Rasmi
Anak Perempuan Timah , Dulu Siapa Ikut Perangani Tok Nenek ?
  • alamat pengirim
  • tarikh
  • pendahuluan
  • sapaan
  • isi
  • penutup
  • tandatangan dan nama

Temu Ramah 
Khabar Tuan Imam Tak Kurang Hebat Perapidoci.
  • khabar
  • tujuan
  • isi
  • terima kasih
  • harapan

Dialog
Khabar Tuan Imam Tak Kurang Hebat
  • khabar
  • tujuan
  • isi
  • terima kasih
  • harapan

Ahad, 12 Mei 2013

TEMU RAMAH

FORMAT TEMU RAMAH



1Khabar + Perkenalkan diri + Tujuan
2Ucapan ( Tahniah / Takziah )
3.  Isi :

  • Perasaan
  • Rahsia
  • Pingat / hadiah / subsidi / anugerah
  • Dorongan
  • Cita-cita / Harapan
       ( perapi doci )
 
4Terima kasih + Harapan

CONTOH-CONTOH KARANGAN :

Contoh 1 : Sebagai wartawan majalah sekolah ,kamu ditugaskan untuk menemu ramah rakan kamu yang berjaya dalam pertandingan bercerita.Tuliskan temu ramah kamu selengkapnya.

Atiqah     : Selamat sejahtera.Apa khabar?Saya Atiqah wartawan Majalah Wawasan Sekolah 
                  Kebangsaan Seri Kemajuan ingin menemu ramah saudara tentang kejayaan saudara dalam
                  pertandingan bercerita.
Syafiq     :  Khabar baik.Boleh,saya akan memberi kerjasama sepenuhnya.
Atiqah     : Tahniah saya ucapkan.
Syafiq      : Teriman kasih.
Atiqah     : Bagaimanakah perasaan saudara apabila memenangi pertandingan bercerita tersebut?
Syafiq      : Saya tentunya berasa gembira dan bersyukur kerana saya tidak menyangka saya menjadi
                  johan dalam pertandingan tersebut.
Atiqah      :Apakah rahsia kejayaan saudara?
Syafiq      : Setelah saya dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita,saya telah 
                   membahagikan masa untuk belajar dan menghafal cerita.Selain itu, setiap hari saya 
                   berlatih bersama kakak saya yang juga pernah menjadi johan dalam pertandingan 
                   bercerita.
Atiqah     : Apakah hadiah yang saudara terima?
Syafiq     : Saya telah menerima sekeping sijil pemenang,sebuah piala pusingan dan sebuah piala 
                  iringan.
Atiqah     : Siapakah yang memberi dorongan kepada saudara?
Syafiq     : Selain guru-guru,ibu bapa , kakak saya dan rakan-rakan telah banyak mendorong saya 
                  untuk memenangi dalam pertandingan bercerita ini.
Atiqah     : Soalan saya yang terakhir, apakah cita-cita saudara ?
Syafiq      : Saya bercita-cita menjadi johan dalam pertandingan bercerita hingga ke peringkat 
                   kebangsaan demi mengharumkan nama sekolah ini.
Atiqah     : Terima kasih,saudara kerana sudi ditemu ramah.Saya berharap agar saudara terus gigih 
                  berlatih dan saya doakan semoga saudara berjaya.
Syafiq      : Sama-sama.





Contoh 2 : Kamu telah diminta menemu ramah pelajar terbaik sekolah kamu untuk dimuatkan 
dalam majalah sekolah.Tuliskan temu ramah tersebut. 

Wartawan : Selamat sejahtera.Apa khabar?Saya Amirul wartawan Majalah Warisan Seri Kemajuan 
                    ingin menemu ramah saudari yang merupakan pelajar terbaik.
Wafaa       :  Khabar baik.Boleh,saya akan memberi kerjasama sepenuhnya.
Wartawan  : Tahniah saya ucapkan.
Wafaa        : Teriman kasih.
Wartawan  : Bagaimanakah perasaan saudari apabila terpilih sebagai pelajar terbaik?
Wafaa        : Saya tentunya berasa gembira dan bersyukur kerana saya tidak menyangka saya terpilih
                     sebagai pelajar terbaik.
Wartawan  :Apakah rahsia kejayaan saudari?
Wafaa        : Setelah saya  telah membahagikan masa untuk belajar dan aktiviti-aktiviti lain.
                    Selain itu, setiap hari saya belajar secara berkumpulan bersama rakan-rakan  saya. 
                    Akhirnya setelah berusaha kita kenalah banyak-banyak berdoa.
Wartawan  : Apakah hadiah yang saudari terima?
Wafaa        : Saya telah menerima sekeping sijil penghargaan dan sebuah piala iringan.
Wartawan  : Siapakah yang memberi dorongan kepada saudari?
Wafaa        : Selain guru-guru,ibu bapa , kakak saya dan rakan-rakan telah banyak mendorong saya.
Wartawan  : Soalan saya yang terakhir, apakah cita-cita saudari ?
Wafaa        : Saya bercita-cita ingin menjadi pelajar yang cemerlang dan dapat membanggakan kedua
                     ibu bapa serta dapat mengharumkan nama sekolah ini.
Wartawan : Terima kasih,saudari kerana sudi ditemu ramah.Saya berharap agar saudari terus gigih 
                    berusaha dan saya doakan semoga saudari berjaya.
Wafaa        : Sama-sama.
 

Sabtu, 11 Mei 2013

 PANDUAN MENULIS ISI SURAT :
  • Tujuan menulis surat.
  • Tujuan program / aktiviti 
  • Maklumat program / aktiviti
  • Harapan anda


Contoh 1 : Sebagai setiausaha kamu dikehendaki menulis surat kepada pihak berkaitan bagi memohon mengadakan ceramah  di kampung anda.Tuliskan surat tersebut selengkapnya.

Setiausaha Badan Kebajikan,
Kampung Parit Tengah,
86400 Parit Raja.
________________________________________________________________________________

Pegawai Jabatan Alam Sekitar,
No.9 , Jalan Zabedah ,
83000 Batu Pahat.                                                                                                              6 MAC 2013

Tuan,

Memohon Mengadakan Ceramah

Berhubung perkara di atas , saya memohon jasa baik pihak tuan untuk mengadakan ceramah berkaitan alam sekitar di kampung saya.

2. Untuk makluman tuan,tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada penduduk tentang pentingnya menjaga alam sekitar.

3. Butiran program tersebut adalah sebagaimana berikut :
     3.1 Hari , tarikh : Ahad , 30 Mac 2013
     3.2 Masa : 9.00 pagi
     3.3 Tempat : Balai Raya Kampung Parit Tengah

4. Saya berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dan berkesanggupan menyampaikan ceramah kepada penduduk di sini.Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amatlah saya hargai.

Sekian , terima kasih.

 “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

 Yang benar,

Azmanfirzan
( AZMAN FIRZAN BIN AHMAD)
Setiausaha Badan Kebajikan,
Kampung Parit Tengah.

Isnin, 6 Mei 2013

Memasukkan Powerpoint Dalam Blog

1.Penulis blog mestilah membuka akaun di www.box.com. 2.Log in di box.com (email dan password) 3.Upload dan pilih fail 4.Klik "upload" akan keluar paparan [All Files and Folders] 5.Klik tanda anak panah ke bawah bersebelahan -share-send link to file 6.Klik "embed" - set width/height/colour (jika perlu)- klik "embed code copy" / highlight embed code - tekan butang "ctrl+C" - minimize program. 7.Buka blog anda - catatan baharu - tuliskan tajuk - tekan butang "ctrl+V" - klik HTML - klik terbitkan klik shere . 8.Lihat blog.Tentunya bahan powerpoint anda telah dipaparkan. 9.Buka semula box.com dan "log out". **************SELAMAT MENCUBA ******************

Sabtu, 4 Mei 2013

" di " dan " ke " dieja secara jarak.

"di" yang berfungsi sebagai imbuhan perlu dieja rapat. Contoh: dimakan, disepak,disediakan, dll, manakala "di" yang berfungsi sebagai kata sendi nama yang menunjukkan tempat perlu dijarakan. Contoh: di atas meja, di sekolah, di pejabat, dll. Begitu juga kata sendi nama "ke" yang menunjukkan tempat, atau arah, waktu atau masa perlu dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa yang mengikutinya. Contoh: ke arah selatan, ke kuantan, dari pagi ke petang, dll. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265.

Kata Majmuk (dieja rapat)

Terdapat 15 patah perkataan kata majmuk yang dieja secara bercantum kerana telah mantap penggunaannya.Kata Majmuk tersebut ialah antarabangsa , bumiputera , jawatankuasa , kakitangan , kerjasama , olahraga , matahari ,tandatangan, tanggungjawab , setiausaha , suruhanjaya , sukarela , beritahu , pesuruhjaya dan warganegara.