Sabtu, 11 Mei 2013

 PANDUAN MENULIS ISI SURAT :
  • Tujuan menulis surat.
  • Tujuan program / aktiviti 
  • Maklumat program / aktiviti
  • Harapan anda


Contoh 1 : Sebagai setiausaha kamu dikehendaki menulis surat kepada pihak berkaitan bagi memohon mengadakan ceramah  di kampung anda.Tuliskan surat tersebut selengkapnya.

Setiausaha Badan Kebajikan,
Kampung Parit Tengah,
86400 Parit Raja.
________________________________________________________________________________

Pegawai Jabatan Alam Sekitar,
No.9 , Jalan Zabedah ,
83000 Batu Pahat.                                                                                                              6 MAC 2013

Tuan,

Memohon Mengadakan Ceramah

Berhubung perkara di atas , saya memohon jasa baik pihak tuan untuk mengadakan ceramah berkaitan alam sekitar di kampung saya.

2. Untuk makluman tuan,tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada penduduk tentang pentingnya menjaga alam sekitar.

3. Butiran program tersebut adalah sebagaimana berikut :
     3.1 Hari , tarikh : Ahad , 30 Mac 2013
     3.2 Masa : 9.00 pagi
     3.3 Tempat : Balai Raya Kampung Parit Tengah

4. Saya berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini dan berkesanggupan menyampaikan ceramah kepada penduduk di sini.Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amatlah saya hargai.

Sekian , terima kasih.

 “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

 Yang benar,

Azmanfirzan
( AZMAN FIRZAN BIN AHMAD)
Setiausaha Badan Kebajikan,
Kampung Parit Tengah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan