1. Khabar + Perkenalkan diri + Tujuan
2. Ucapan ( Tahniah / Takziah )
3. Isi :
- Perasaan
- Rahsia
- Pingat / hadiah / subsidi / anugerah
- Dorongan
- Cita-cita / Harapan
4. Terima kasih + Harapan
CONTOH-CONTOH KARANGAN :
Contoh 1 : Sebagai wartawan majalah sekolah ,kamu ditugaskan untuk menemu ramah rakan kamu yang berjaya dalam pertandingan bercerita.Tuliskan temu ramah kamu selengkapnya.
Atiqah : Selamat sejahtera.Apa khabar?Saya Atiqah wartawan Majalah Wawasan Sekolah
Kebangsaan Seri Kemajuan ingin menemu ramah saudara tentang kejayaan saudara dalam
pertandingan bercerita.
Syafiq : Khabar baik.Boleh,saya akan memberi kerjasama sepenuhnya.
Atiqah : Tahniah saya ucapkan.
Syafiq : Teriman kasih.
Atiqah : Bagaimanakah perasaan saudara apabila memenangi pertandingan bercerita tersebut?
Syafiq : Saya tentunya berasa gembira dan bersyukur kerana saya tidak menyangka saya menjadi
johan dalam pertandingan tersebut.
Atiqah :Apakah rahsia kejayaan saudara?
Syafiq : Setelah saya dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita,saya telah
membahagikan masa untuk belajar dan menghafal cerita.Selain itu, setiap hari saya
berlatih bersama kakak saya yang juga pernah menjadi johan dalam pertandingan
bercerita.
Atiqah : Apakah hadiah yang saudara terima?
Syafiq : Saya telah menerima sekeping sijil pemenang,sebuah piala pusingan dan sebuah piala
iringan.
Atiqah : Siapakah yang memberi dorongan kepada saudara?
Syafiq : Selain guru-guru,ibu bapa , kakak saya dan rakan-rakan telah banyak mendorong saya
untuk memenangi dalam pertandingan bercerita ini.
Atiqah : Soalan saya yang terakhir, apakah cita-cita saudara ?
Syafiq : Saya bercita-cita menjadi johan dalam pertandingan bercerita hingga ke peringkat
kebangsaan demi mengharumkan nama sekolah ini.
Atiqah : Terima kasih,saudara kerana sudi ditemu ramah.Saya berharap agar saudara terus gigih
berlatih dan saya doakan semoga saudara berjaya.
Syafiq : Sama-sama.
Contoh 2 : Kamu telah diminta menemu ramah pelajar terbaik sekolah kamu untuk dimuatkan
dalam majalah sekolah.Tuliskan temu ramah tersebut.
Wartawan : Selamat sejahtera.Apa khabar?Saya Amirul wartawan Majalah Warisan Seri Kemajuan
ingin menemu ramah saudari yang merupakan pelajar terbaik.
Wafaa : Khabar baik.Boleh,saya akan memberi kerjasama sepenuhnya.
Wartawan : Tahniah saya ucapkan.
Wafaa : Teriman kasih.
Wartawan : Bagaimanakah perasaan saudari apabila terpilih sebagai pelajar terbaik?
Wafaa : Saya tentunya berasa gembira dan bersyukur kerana saya tidak menyangka saya terpilih
sebagai pelajar terbaik.
Wartawan :Apakah rahsia kejayaan saudari?
Wafaa : Setelah saya telah membahagikan masa untuk belajar dan aktiviti-aktiviti lain.
Selain itu, setiap hari saya belajar secara berkumpulan bersama rakan-rakan saya.
Akhirnya setelah berusaha kita kenalah banyak-banyak berdoa.
Wartawan : Apakah hadiah yang saudari terima?
Wafaa : Saya telah menerima sekeping sijil penghargaan dan sebuah piala iringan.
Wartawan : Siapakah yang memberi dorongan kepada saudari?
Wafaa : Selain guru-guru,ibu bapa , kakak saya dan rakan-rakan telah banyak mendorong saya.
Wartawan : Soalan saya yang terakhir, apakah cita-cita saudari ?
Wafaa : Saya bercita-cita ingin menjadi pelajar yang cemerlang dan dapat membanggakan kedua
ibu bapa serta dapat mengharumkan nama sekolah ini.
Wartawan : Terima kasih,saudari kerana sudi ditemu ramah.Saya berharap agar saudari terus gigih
berusaha dan saya doakan semoga saudari berjaya.
Wafaa : Sama-sama.
Terima kasih kerana karangan ini tapah membantu says dalam menyiapkan kerja sekolah saya
BalasPadamTerima kasih..sgt membantu😃
BalasPadam