Menurut Tatabahasa Dewan, ayat
dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat
lain dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat pelbagai jenis ayat dari segi
binaan dan susunannya, dan dari segi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa,
namun jika dikaji asas binaannya maka semua ayat itu boleh dikesan rangka
dasarnya sebagai berasal daripada beberapa pola tertentu.
Dalam bahasa
Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis, dengan berpandu
pada jenis-jenis unsur yang hadir sebagai konstituen ayat-ayat itu (jenis-jenis
subjek dan predikatnya). Konstituen subjek, pada umumnya, diisi oleh frasa
nama, sementara konstituen predikat pula diisi oleh empat jenis unsur yang
berbeza, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa
sendi nama (FSN). Empat jenis unsur pengisi konstituen predikat inilah yang
menubuhkan empat jenis pola ayat dasar bahasa Melayu seperti yang berikut:
i. Frasa Nama + Frasa Nama (FN +
FN)
ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS)
a. Frasa
Frasa ialah unit tatabahasa yang
boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya satu
atau dua perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan
atau lebih.
Frasa menjadi subjek atau predikat
dalam binaan ayat serta menjadi konstituen
atau binaan kepada klausa.Frasa terbahagi kepada empat, iaitu frasa
nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Dalam setiap frasa ada perkataan yang yang dikenali sebagai inti frasa, iaitu
perkataan yang paling penting dalam frasa. Contoh (berdasarkan Pola FN+FN) :
Kakak saya
seorang pramugari = Kakak pramugari
Di sini
‘kakak’ dan ‘pramugari’ adalah inti frasa kepada kedua-dua pola tersebut.
Jenis
perkataan yang menjadi inti frasa menentukan sama ada ia menjadi frasa
nama, frasa
kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.
Frasa Nama (FN)
Frasa Nama yang terbentuk daripada sederetan perkataan mempunyai dua
jenis hubungan antara perkatan-perkataan ini :
a)
inti & penerang
Contoh : Guru sekolah menengah itu sedang
menasihati murid-muridnya (FN+FK)
Guru à inti ; sekolah menengah itu à penerang
b)
inti & inti.
Contoh : Ibu bapa perlu mendidik anak (FN+FK)
Ibu à inti ; bapa à inti.
Dalam binaan
frasa nama, penyusunan setiap konstituen amat pentng untuk menentukan sama ada
frasa nama itu digunakan dengan betul atau tidak. Oleh itu, peraturan Hukum
D-M, penggunaan kata bilangan serta panggilan dan penerang mestilah sesuai
dalam frasa nama.
Frasa Kerja (FK)
Frasa kerja
terbina daripada satu perkataan sahaja (iaitu terdiri daripada kata kerja tak
transitif) atau sederetan perkataan yang menjadi unsur predikat dalam ayat.
Binaan frasa kerja terbahagi kepada dua :
a) Frasa kerja
yang tidak mengadungi objek dan tidak memerlukan kata
nama sebagai penyambung untuk
melengkapkannya. Kata kerja di sini ialah kata kerja tak transitif.
Contoh :
Adik menangis (FN+FK)
b) Frasa kerja
yang mengandungi objek selepas kata kerja untuk
melengkapkan frasa ini. Kata
kerja di sini ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek yang terdiri
daripada kata nama. Objek berkenaan boleh diikuti oleh penerang.
Contoh :
Saya menangkap burung gagak di hutan.
(FN+FK) ;
burung gagak à objek
di hutan à penerang
Frasa Adjektif (FA)
Frasa adjektif boleh terbina
daripada satu perkataan atau sederetan perkataan yang mengandungi kata adjektif
sebagai inti. Frasa adjektif adalah unsur predikat dalam binaan ayat atau
sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat yang hadir selepas kata kerja. Manakala
sebagai kata penerang, kata adjektif hadir selepas kata nama.
Binaan frasa adjektif yang terdiri
daripada satu perkataan sahaja adalah seperti malas, muram, dan kosong. Frasa
adjektif juga boleh dibahagikan kepada dua golongan :
a)
Kombinasi dua kata adjektif yang menekankan beberapa unsur:
Ø
keserasian makna. Contoh : cantik
molek, penat lelah
Ø
makna berlawanan. Contoh : baik buruk, kecil besar
Ø
keindahan bunyi ritma. Contoh : lemah longlai, kusut masai
b)
Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada kata adjektif sebagai inti dan kata
nama sebagai penerang. Ia membawa dua
maksud
Ø
keserupaan. Contoh : merah darah , hijau daun
Ø
kiasan. Contoh : panjang tangan, besar kepala
Dalam frasa
adjektif, kata penguat boleh hadir dalam beberapa keadaan:
Ø Di hadapan :
paling degil, amat bijak
Ø Di belakang
: murah sekali, cepat benar
Ø Secara bebas
: amat cantik, cantik amat.
Ø Secara
berderetan : sungguh berani sekali, belum cerdik lagi
Dalam
susunan ayat biasa, frasa adjektif hadir sebagai predikat, sebagai kata
keterangan selepas kata kerja dan penerang selepas frasa nama. Dalam susunan
ayat biasa, frasa adjektif boleh mengalami susunan songsang. Contoh :
Rumah Ani amat besar sekali à Amat besar sekali rumah Ani
Frasa Sendi Nama (FSN)
Frasa sendi nama ialah binaan dalam
ayat yang terdiri daripada satu sendi nama
dan frasa nama yang menjadi pelengkap
kepada sendi nama itu. Dalam binaan ayat
biasa, frasa sendi nama menjadi predikat
dalam ayat.
Frasa sendi
nama boleh dibentuk melalui empat cara :
Ø
Sendi nama dan frasa nama. Contoh : di pasar
Ø
Sendi nama, kata nama arah dan frasa nama. Contoh : di tepi pasar
Ø
Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan ayat komplemen. Contoh : ke
dalam hutan untuk menangkap rusa.
(binaan
ketiga ini memperlihatkan kita bahawa unsur kata nama arah dan ayat komplemen
merupakan unsur pilihan)
Ø Sendi nama,
kata nama arah, frasa nama dan frasa keterangan. Contoh : di selatan negeri
China pada tiap-tiap bulan.
(binaan
keempat ini memperlihatkan unsur keterangan bersifat pilihan)
Pola
1: Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
Ayat-ayat
yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek
dan Frasa Nama ( FN ) sebagai prekikat.
Contah ayat
bagi pola ( FN+FN ) :
Ahmad ialah guru.
Ahmad
merupakan frasa nama begitu juga dengan guru.Ayat tersebut tidak menjadi
terbitan kerana tidak mempunyai imbuhan.
Pola
2: Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Ayat-ayat
yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek
dan Frasa Kerja ( FK ) sebagai prekikat.
Contah ayat
bagi pola ( FN+FK ) :
Ahmad berlari.
Ahmad merupakan frasa nama manakala
berlari merupakan frasa kerja iaitu
daripada kata dasar lari.
Pola
3: Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Ayat-ayat
yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek dan
Frasa Adjektif ( FA ) sebagai prekikat.
Contah ayat
bagi pola ( FN+FA ) :
Ahmad tinggi.
Ahmad merupakan frasa nama manakala tinggi merupakan
kata adjektif atau pun kata sifat iaitu sifat Ali yang tinggi.
Pola
4: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN)
Ayat-ayat
yang dibina berdasarkan pola ini menggunakan Frasa Nama ( FN ) sebagai subjek
dan Frasa Sendi Nama ( FSN ) sebagai prekikat.
Contah ayat
bagi pola ( FN+FSN ) :
Rumahnya disebelah balai Polis.
Rumah merupakan frasa nama manakala di merupakan kata sendi
nama. Manakala balai polis hanyalah
prediket ayat.
Ayat dasar ini juga
mengandungi beberapa ciri iaitu,boleh terdiri dari satu
klausa utama sebagai satu susunan
biasa.Ini kerana ayat dasar terdiri dari satu
subjek dan satu predikat.Ayat dasar
juga bertindak sebagai ayat penyata bagi
menyatakan sesuatu.Selain itu,ayat
dasar juga bertindak sebagai ayat aktif.Ayat
dasar ini biasanya adalah ayat yang
ringkas maka ayat ini berpotensi untuk
diperluaskan.Ayat ini juga tidak
mempunyai kata hubung yang menyambung antara
dua ayat.