Pada
asasnya, ejaan nama tempat dan negeri ditulis menurut arahan yang ditetapkan
oleh kerajaan negeri masing-masing.
1. Dalam Malaysia (Sebelum 1972)
Nama
tempat dalam Malaysia yang dibentuk sebelum tahun 1972 dikekalkan dengan ejaan
cara lama. Contohnya:
- Cheras
- Klang
- Ayer Hitam
- Kampong Nyior
2. Dalam Malaysia (Selepas 1972)
Bagi
nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk selepas tahun 1972 digalakkan
menggunakan ejaan baru. Contohnya:
- Teluk Intan
- Taman Bukit Cahaya
- Teluk Air Tawar
- Kampung Baharu
3. Luar Negeri (Melayu)
Nama
tempat di luar negeri yang sudah biasa dieja dengan cara Melayu dikekalkan
demikian. Contohnya:
- Perancis
- Belanda
- Kanada
- Japan
4. Luar Negeri (Antarabangsa)
Nama
tempat di luar negeri yang dieja dengan cara antarabangsa dikekalkan demikian.
Contohnya:
- England
- New York
- Cuba
- Bosnia-Herzegovina
5. Ejaan Nama Orang
Ejaan
nama orang menurut kehendak individu itu sendiri. Nama-nama yang telah wujud
sebelum tahun 1972 dikekalkan dalam bentuk ejaan asal. Selepas tahun 1972, kita
digalakkan menggunakan ejaan baru. Walau bagaimanapun, ejaan nama yang sah
adalah seperti yang didaftarkan dalam sijil kelahiran dan dalam kad pengenalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan