Khamis, 10 Oktober 2013

Bahasa Melayu



Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang tergolong dalam jenis bahasa aglutinatif atau juga dikenali sebagai bersifat derivatif.  Jenis bahasa yang sebegini bermaksud sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu ini berkembang melalui proses pengimbuhan. Pengimbuhan yang di sebut ialah  pengabungan morfem dengan kata dasar.  Hasil daripada penbentukan pelbagai bentuk akan akan dirangkaikan untuk menghasilkan binaan ayat-ayat yang lebih gramatis. Selain itu, ia dapat berfungsi dalam menyampaikan maksud dan juga sebagai alat komunikasi.
Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang mudah dipelajari dan difahami. Ini adalah kerana bahasa Melayu mempunyai konsep morfologi dan sintaksis yang  ringkas dan mudah.
Sintaksis boleh dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat. Binaan sintaksis ini seharusnya terdiri daripada beberapa unsur seperti frasa dan klausa atau subjek dan predikat. Proses pembinaan ayat ini didasari hukum dan peraturan yang tertentu agar ayat-ayat yang dihasilkan mengandungi makna yang lengkap dan difahami. Pembinaan ayat yang gramatis sewajarnya saling dilengkapi   frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau  frasa sendi nama yang digabungkan dengan klausa bebas atau klausa tidak bebas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan