1. Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah menganjurkan minggu bahasa peringkat sekolah. Kamu
selaku setiausaha persatuan diminta menulis laporan tentang program tersebut.Tulis laporan tersebut
selengkapnya.
2. Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah menganjurkan minggu bahasa peringkat sekolah. Kamu
selaku pemberita diminta menulis berita tentang program tersebut.Tulis berita tersebut selengkapnya.
Contoh
Rangka Karangan Laporan dan Berita.
Pendahuluan
:
Ø Apakah
peristiwa yang berlaku?
Ø Bilakah
peristiwa itu berlaku?
Isi
:
Ø Siapakah
penganjur program ini?
Ø Apakah
tujuan program tersebut?
Ø Apakah
acara-acara yang dijalankan sepanjang program dijalankan?
Ø Siapakah
yang mengambil bahagian ?
Ø Siapakah
perasmi program ?
Ø Bagaimanakah
sambutan?
Penutup
:
Ø Kesudahan
program.
Contoh Laporan.
Laporan
Minggu Bahasa Peringkat Sekolah
Sekolah
Kebangsaan Seri Kemajuan telah mengadakan minggu bahasa peringkat sekolah dari
17 Jun 2013 hingga 21 Jun 2013.
Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan.Tujuan program ini adalah untuk memantapkan penggunaan
bahasa Melayu dan memberi peluang kepada semua murid menyertai pertandingan
berbahasa.
Sempena minggu bahasa ini,pihak penganjur telah
mengadakan pelbagai pertandingan seperti pertandingan bercerita, mengarang
cerpen, pidato, mendeklamasikan sajak dan kuiz.
Semua murid tahap satu dan tahap dua telah mengambil
bahagian dalam pertandingan itu.Sebelum pertandingan dijalankan,Pn.Hajah
Mariyati binti Haji Sapuan ,Guru Besar sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan telah
merasmikan program ini.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.Hampir
setiap acara yang dipertandingan disertai lebih 30 orang peserta.
Pada hari yang terakhir, telah diadakan majlis
penyampaian hadiah.Hadiah- hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru
Besar.Murid-murid yang berjaya akan mewakili sekolah jika ada pertandingan di
peringkat zon nanti.
Dilaporkan oleh, 27
JUN 2013
Amirulrasyhid
(AMIRUL
RASYHID BIN JASLAN )
Setiausaha
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah
Kebangsaan Seri Kemajuan.
Contoh Berita.